PUTRAJAYA : Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
Ini dibuktikan apabila Maritim Malaysia telah menerima permohonan pertemuan bilateral daripada delegasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turki, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina serta wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys.
Ia sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula Isnin.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihaknya telah berkongsi peranan penting bagi menjaga kedaulatan perairan negara serta amalan terbaik dalam penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau khususnya di sempadan maritim negara.
"Pada pertemuan tersebut, Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif.
"Ini membuktikan keupayaan Maritim Malaysia untuk bergerak seiring dengan perkembangan global dan menangani cabaran semasa dalam domain maritim," katanya pada Rabu.
Tambahnya, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Selain pertemuan bilateral agensi penguat kuasa, Maritim Malaysia turut menerima kunjungan hormat dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara.
Melalui pengiktirafan ini, secara tidak langsung ia telah memberi dorongan kepada para pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 08 2024
Maritim Malaysia menerima kunjungan hormat wakil agensi penguat kuasa Turki pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Kapal kargo terbakar, 12 kru diselamatkan
Kebakaran berkenaan dilapor oleh Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.
Aidilfitri: 'Demi tugas kepada negara, semua itu terpaksa dilupakan'
Mendengar takbir raya bergema di tengah lautan biru semasa Hari Raya Aidilfitri membuatkan anggota Maritim Malaysia teringat-ingat dan merindui air tangan ibunya untuk dijamah pada 1 Syawal.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.
OP Khas Pagar Laut rekod nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 104 kes tangkapan dengan nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.